Thursday 8 September 2011

Aku Narizam 2

ok2...sambungan tentang cite yg aku nak kongsikan td. sekarang aku nak kongsi tentang kerja plak. rezeki Allah beri lepas je menamatkan kursus marin. aku d ambik bekerja di Syarikat Sime Darby Industrial. sebuah syarikat yg mengeluarkan enjin2 keluaran Catterpillar dulu lebih dikenali sebagai Traktor Malaysia. owh...sini gak aku menjalani tempoh praktikal 6 bulan dulu sblm aku dpt kerja ni.

aku kerja sebagai mekanik kat dalam company ni. (ala...biasa je. tak kisah ler nak jd pe. janji duit kerja halal.hehe). dulu aku ingat time kerja kat company ni jd mekanik sekadar nak repair2 machine je. rupa2nya...byk benda yg aku kene tau. kene advance dalam penggunaan komputer sebab semua data2 dan report dimasukkan secara online. lepas tu maklumat2 machine juga kene search online (company punya intranet). aku terkedu dengan kecanggihan hidup sebagai mekanik ni.haha. juga, aku untuk pertama kali dalam hidup aku. aku nak check kerosakan machine dengan menggunakan komputer. sambung connector ke dalam kotak kawalan machine...komputer akan beritahu kawasan yg perlu di baikpulih....terlalu moden dh.hehe

sini aku nak tunjukkan beberapa jenis machine yang company kami keluarkan...

ni salah satu enjin marin yg berkuasa tinggi sebab sistem aftercooler yg telah dipertingkatkan....



ni plak 950H wheel loader. antara mahine yg menggunakan enjin yg pernah buat aku pening kepala sebab masalah "electronic control system" nya yg dh kene short circuit.

 gambar ni time kitorang buat majlis perpisahan kat bos (senior executive service department) Mr. Lim Kai Liang. smoga bos sihat2 slalu. owh...skrg dia dh kerja dgn company OSK kat miri. nak buat pelaburan? jmpa dia d sana.hehe
byk lg yg lain2...search lh kat youtube. mana2 yg ada logo CAT tu mmg sime darby industri kat tmpt aku kerja ni ada keluarkan. CAT tu sebenarnya ringkasan utk CATERPILLAR. 

ok2. cukup sampai tu je aku nak cita pasal kerja. sekarang aku nak cita pasal hobi aku plak..apa yg aku suka?
aku suka nak chat? (kadang2 kalau ada benda nak d ckp ler) aku suka nak blogging? (ni pun baru nak start balik sebab rasa sia2 je blog ni kalau tak diguna dgn sebaik mungkin). 
aku suka berkebun dan pelihara arnab. 
aku juga suka dengar music2 yg relak. (asalkan tak sakitkan telinga)
aku suka tanaman2 seperti sayuran, cili, herba dan buah-buahan. dulu aku pernah cuba ternak ikan. mungkin sebab aku tak ada kursus penternakan ikan, tu pasal ikan2 tak mendatangkan hasil.hehe. sekarang ni aku lg memperbesarkan hasil2 penanaman cili dan tomato. sebab aku tgk cili dan tomato ni dapat menghasilkan produk dengan cepat. lgpun kat area aku skrg ni sgt memerlukan cili dan tomato. bapa mertua aku pun ada berladang tanaman buahan dan sayuran. tp, bukan dia yg buat aku rasa minat nak berkebun. tp, mak aku. dulu, sejak aku kecil lg, mak slalu tanam sayur. aku slalu jd tukang siram tanaman. ni kiranya macam dh terbiasa hidup berkebun, jd aku meneruskan warisan mak aku ni lh. jd petani moden. aku luangkan masa utk kebun aku time hujung2 minggu dan time aku balik dari kerja hari2. kiranya rutin harian sy bermula dari....
1) beri mkn'n arnab dan siram ank semaian sebelum turun kerja
2) balik dr kerja check tapak semaian dan keadaan arnab2. 
tu aktiviti2 yg aku buat dr isnin > jumaat (waktu2 biasa bekerja). aku slalu teringat kat pesan org2 tua untuk "berbudi kepada tanah". nak beli anak pokok semai? (cili padi, cili biasa, sirih, tomato, terung iban, terung cina, terung biasa)? sorry2 iklan jap.hehe

rasanya cukuplh introduction pasal diri aku ni. aku narizam. aku juga org panggil sebagai ZAM. selamat berkenalan dan selamat maju jaya (^_^) peace...no war. wassalam...

No comments:

Post a Comment