Thursday 8 September 2011

Aku Narizam

selamat malam (sbb skrg ni tgh naip waktu malam). sedikit pengenalan tentang diri aku. nama aku narizam bin narawi. seorang yg biasa je. simple. bapa org anak 1. nama anak sy ahmad khairi. nama panggilan dalam keluarga, abg khairi. bwh ni video ringkas tentang perkembangan anak aku sejak dr lahir hinggi kini.

kisah ni nak d mulakan dari sekolah rendah lh ye. dulu study kat srk jepak. skrg ni kenal sebagai sk jepak. sinilah sy dpt member2 yg dr pelbagai jenis. ada yg kaki conteng. kaki komik. kaki buli. kaki nangis dan mcm2 lg.sebab dorg ni semuanya special...hingga kini aku tak lupa dorg. walaupun dh lama tak contact. kenangan membesar dengan dorg tak akan pernah aku lupa. dulu (time ku lg single lh) suka sgt keluar bersosial dan buat aktiviti berkelah dgn member2. tunggu je time sesuai mcm waktu2 cuti sekolah aku mesti cr plan utk gather with all my best fren.ni di antara kawan2 aku yg kitorang mmg dh rapat sejak dr tadika hingga kini. insyallah utk selamanya.



lepas sekolah rendah...aku masok sekolah menengah smk bintulu. situ, aku knal lagi ramai kaki2 yg pelik2.haha. tp, macam biasa, kepelikan mereka menjadikan setiap individu tu berbeza dan istimewa. cukup sampai spm kat situ aku masok Unitar. Ambik kursus teknologi maklumat. kat sini aku blaja komputer cara hardcore. kebetulan pula dak2 situ ada buat relation dengan dak2 dari uni lain menjadikan sumber pengetahuan dan peralatan mereka menjadi seperti yg mereka mahu. bab ni aku tak perlu nak jelaskan panjang2 lh.

rezeki aku tak lama dalam bidang teknologi maklumat. aku tuka masok Institut Teknologi Kemahiran Mara. kat sini aku amik teknologi maritim. budak2 marin kat sini kiranya yg paling nakal lh. sbb antara student yg paling sedikit adlh marin. dan yg paling nakal gak dak2 marin (tp kitorang time tu baik2 je. tak notty)hehe.

time aku kat IKM tu aku join army. latihan ketenteraan tiap ujung minggu. ujung bulan masok gaji. aku gak kiranya jd dak surau time tu. (kiranya time tu baru nak tobat jd dak surau)hehe. kat sini aku belajar segala ilmu agama dari tenaga pengajar yg ikhlas yg nak ajar kitorang. tiap minggu ada je aktiviti surau yg kitorang akan handle khas utk student2 IKM. kiranya skrg nih aku rindu sgt dgn suasana2 kat IKM. tenang. teringat aku time ramadan. kitorang kene abiskan bacaan al-quran 30juzuk. tiap2 malam kene abiskan paling kurang 6>7 muka. bleh baca tp nak hafaz tu yg susah skit. sbb kitorang ni bukannya tahfiz. pandai baca je. ilmu tauhid, feqah,usuludin dan fardhu pun kitorang study kat IKM. tak ler selengkap mcm kat madrasah, skolah2 pondok, atau tempat2 dak tahfiz tu. cuma sekadar pengetahuan2 asas je. antara perkara yg aku blaja yg tempat lain aku tak pernah kene ajar adalah...bab solat2 sunat. rupanya ada pelbagai jenis solat sunat. antara yg dilatih time kat IKM adalah, solat sunat fajar, solat sunat duha, solat sunat tasbih, solat sunat tahajjud, solat sunat isthikarah dll. kiranya kat IKM ni lh aku dapat rasa idup aku terlalu dipenuhi dengan perkara2 yang berguna. 

kat IKM juga aku bersosial. cara pergaulan aku dengan dak2 IKM yg lain biasa2 je. yg penting bg aku dorg happy dan tak ganggu ketenteraman awam.hehe
ni vid time hari jadi salah sorg dari ahli perwakilan kitorang. dia yg ganti aku jd president MPP. (aku sbnrnya tak suka nak jd MPP. tu pun kene paksa)hehe.

td aku ada cakap aku jd dak surau kan?....aku baru teringat time tu aku ada buat music video member2 aku yg kebosanan.haha. ni vid tu...



dak2 ni dikenali sebagai mail dan mat (bukan nama sebenar)hehe....ni video time kat rumah dak2 surau. bersepah giler. biasalah kan...macam ler tak tau.hehe

panjang gak aku taip ye....oklah....lepas ni aku sambung balik k. ada kerja nak settle....

to be continue....

No comments:

Post a Comment