Saturday 10 September 2011

RABBit

Minggu ni arnab hitam aku lahirkan 8 ekor anak. mudahan 8 ekor ni selamat dalam tempoh 2 minggu akan datang. ianya dipisahkan dari kumpulan2 arnab jantan. sebab arnab jantan suka gigit/makan anak2 arnab (sifat kejam arnab jantan yg membuta tuli).

hari ni gak aku baru perasan yg arnab2 ni suka makan daun2 kering. aku check kat net, arnab suka makan daun kering sebagai diet pemakanan dorg...so interesting (aku dapat jimat bajet bli makanan arnab tiap bulan).

kalau 8 ekor anak arnab ni dapat bertahan dalam tempoh 2 minggu, kena lh aku siapkan kandang2 baru utk menempatkan kelapan2 ekor tu . sebab, anak arnab ni kiranya akan dapat melihat dan boleh bergerak dengan  aktif selepas 2 minggu (maklumat aku dpt dr wikipedia). so, tak susah lah nak beri mkn anak2 arnab ni nanti. kiranya dh bleh mkn sendiri. 

lepas 1 / 2 bulan, arnab betina tu akan dimasukkan semula ke kandang utama utk mengawan. sebab kalau nak ikut fakta dr wikipedia, arnab betina boleh terus mengawan selepas 24jam dari waktu melahirkan.

ni antara pic yg aku snap dr kandang pembesaran tu.....







 fakta yg aku dpt dr blog lain, yg ada share pasal kesihatan anak arnab. kalau perut anak arnab tu kembung (sihat), maksudnya mak arnab tu mahu menyusukan anak2nya. tempat pembesaran ni mesti di periksa pada setiap hari dan tempat anak2 arnab tu mesti sentiasa kering. sebab, bulu anak arnab blom dapat memanaskan bdnnya sendiri dalam tempoh 1 bulan. bulu ni nanti akan menjadi tebal lepas tempoh 2 bulan ( time tu lh nanti dorg akan nampak lebih cute..insyaallah. mudahan Allah permudahkan segalanya.amin). oklah. ni je yg dpt aku kongsi sekarang. ada masa lg nanti aku update tentang perkembangan anak2 arnab ni...bye :)



No comments:

Post a Comment